EPAL MERAH :
Kandungan
serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandung
serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat
untuk menstabilkan tekanan darah.
Kulitnya mengandung pektin (termasuk serat
makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari
dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, memperlunak feses, membantu
menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan
HDL (high density lipoprotein)
Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti
kanser karena dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan kanser.
Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat
melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif.
Epal juga mengandungi catechin
yang berfungsi untuk:
- Mencegah pembentukan tumor usus.
- Melambatkan serangan tumor.
- Memperkuat ginjal.
- Membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan.
- Menstabilkan gula darah.
- Serat baik untuk terapi kecantikan.
EPAL HIJAU :
Epal hijau
mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin
A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan
memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C
terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
* Pembinaan
kolesterol dalam dinding salur darah.
*
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu
kesihatan membran paru-paru.
* Membantu
kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron)pada mineral tulang.
* Membantu
kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu
mengekalkan berat badan.
*
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
*
Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka
yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:
- kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan.
- Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
- Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau
juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan
seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan
selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia
boleh melicinkan kulit.
Amalan
memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi
bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar
mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol
dalam badan.
No comments:
Post a Comment