KHASIAT BUAH JAMBU BATU.
Buah jambu batu cukup banyak khasiat dan kebaikkannya kerana
di dalamnya mengandungi vitamin A, vitamin B1, B2, vitamin C, zat besi,
fosforus, kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid
pantotenik dan potassium.
Memakannya secara purata 1 1/2 biji sehari secara konsisten
mampu :
1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung
2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah
3. Menurunkan paras gula dalam darah
4. Mengurangkan berat badan
5. Mengawal tekanan darah
6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat
7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah
8. Meningkatkan kadar metabolisme
9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit
10. Ejen antiaksida (melambatkan proses penuaan - awet muda,
melawan kanser, immuniti)
INGAT...jambu batu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya
sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi
Selain dimakan begitu sahaja, buah jambu batu juga boleh
dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di
dalamnya
Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang
terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan
No comments:
Post a Comment