Lama
kelamaan lombong berkenaan menjadi besar. Ikan banyak di situ. Ketika ini Pak
Jarak merupakan pengail di kampung tersebut. Dari Pak Jarak inilah asal usul
keturunan Abang Amud kemudiannya. Tiap-tiap hari Pak Jarak mengail tetapi tidak
dapat ikan. Mahu menjala dia tidak berani masuk ke tengah disebabkan lombong
itu dalam. Kalau mahu menjala dari tepi saja mungkin tersangkut pada akar-akar
kayu.
Satu hari ketika hujan turun renyai-renyai Pak Jarak nampak seekor ular besar berlingkar di atas sebatang kayu yang melintang di tengah lombong. Ketika dia ternampak ular ini mata kailnya direntap ikan. Tetapi sayangnya mata kail dia tersangkut di dalam air. Pak Jarak menjadi serba salah sama ada mahu turun ke air melepaskan mata kailnya yang tersangkut atau membiarkannya begitu saja. Kalau mahu turun ke air dia bimbang akan ular besar yang berlingkar di tengah lombong berhampiran denagn tempatnya menghulur joran kail.
Dalam keadaan serba salah ini satu lembaga botak muncul di depannya. Lembaga botak ini pula berpaut pada hujung ekor ular tadi.
"Jarak...!" lembaga botak ini menegurnya.
"Awak mengail di sini tak minta kebenaran kawan. Lombong ini kawan yang punya..." katanya mengingatkan.
"Mana aku tau awak yang punya" sahut Pak Jarak memberanikan hati.
Sedikit sebanyak dia juga memang pawang terkenal di kampung itu.
"Kawan tak mahu awak mengail lagi di sini!" kata lembaga botak itu memberi amaran.
"Aku tak peduli..." sahut Pak Jarak tersinggung dengan sikap lembaga botak berkenaan.
"Selama ini rupanya kaulah yang menyebabkan aku tak dapat ikan" jerkahnya lalu menghunus parang.
Pantas dia mencacakkan mata parang ke tanah, sambil membaca jampi serapah seperti yang pernah dituntutnya. Lembaga botak itu menjadi marah lantas melontar Pak Jarak dengan rantai besi. Pak Jarak menepisnya sambil menghentakkan tumit tiga kali ke bumi.
Lembaga botak itu terhuyung hayang bagaikan dadanya kena hentak dengan tumit.
"Kalau awak berkeras juga..." laung lembaga botak itu menahan kesakitan di dadanya.
"Kawan balas dendam pada anak bini awak. Anak bini awak pun selalu mengail ke sini!" katanya mengancam.
Pak Jarak menjadi serba salah. Dia tahu puaka air itu tidak dapat melawan dia, bagaimanapun dendamnya tetap membara. Mungkin anak atau isterinya akan diganggu apabila datang ke lombong tersebut. Dia tidak boleh menegah isteri atau anaknya supaya jangan mengail di situ kalau tidak bersebab. Dia juga tidak boleh memberitahu mereka tentang apa yang dilihatnya sekarang.
"Jadi awak nak apa?" soal Pak Jarak bercekak pinggang.
"Lebih baik kita bersahabat" sahutnya tegas.
Tawaran puaka air itu mudah saja diterima oleh Pak Jarak. Ilmu kebatinannya yang dituntut selama ini memberi kesan juga. Bukan mudah mahu bersahabat dengan puaka air, seperti juga bersahabat dengan hantu raya dan lain-lain. Syarat bersahabat pun memang dia tahu. Dia perlu memberi makan sahabatnya itu setahun sekali iaitu seekor ayam panggang masak mentah, bertih dan darah ayam berkenaan.
Setelah bersahabat dia boleh mengarahkan puaka air itu mendapatkan apa saja keperluannya. Dia juga boleh mendapatkan pertolongan menentang musuh-musuhnya kalau perlu apabila sudah bersahabat.
"Kalau kau mahu bersahabat, apa salahnya" ujar Pak Jarak lalu mencabut parangnya.
Dia memulangkan semula rantai besi yang dilemparkan oleh puaka air ke arahnya tadi. Di situlah mereka berteguhan janji sebagai sahabat.
"Ingat, kau jangan ganggu anak cucu dan keturunan aku!" katanya meminta janji. "Baiklah..asal saja kita tak putus sahabat" balasnya.
Selepas itu ular yang berlingkar di atas batang melintang di tengah lombong itu menyelam semula ke dalam air bersama lembaga botak yang berpaut pada hujung ekornya. Kemudian Pak Jarak merentap kailnya dan dapatlah ikan kelah sebesar daun keladi.
Tiap-tiap hari bila dia mengail sentiasa dapat banyak ikan. Bagaimanapun kalau hari hujan panas dia melarang anak cucunya bermain di tepi lombong itu. Siapa yang mengail ketika itu disuruhnya balik. Apakah rahsia hujan panas itu tidak pernah diberinya tahu kepada anak cucunya.
"Macam itulah ceritanya..." jelas Kak Liah pada saya.
"Kalau begitu..." bisik saya pada Sali.
"Mari kita ke baruh tengok apa yang ada di lombong sekarang" kata saya mengajaknya.
Aki Sahak juga membenarkan saya pergi melihat apakah sebenarnya yang berlaku di lombong. Dia sendiri menunggu di situ saja. Kemudian saya dan Sali terus menuju ke baruh. Sali membawa lampu picit dan berjalan di depan. Saya mengekorinya dari belakang.
Ketika sampai di lombong suasana di situ terlalu gelap. Kami menyusup di celah-celah teberau untuk memerhatikan lebih dekat apakah yang sebenarnya berbunyi. Sali sendiri tidak pernah lagi mendengar bunyi tersebut. Memang bunyinya sungguh menggerunkan.
Saya menyuruh Sali memadamkan lampu picit terlebih dulu. Oleh itu kami terpaksa merempuh belukar teberau itu dalam keadaan gelap gelita. Sebaik saja sampai di tebing lombong, terdengar bunyi bergaung itu seperti air disedut.
Tidak ada apa-apa yang kelihatan walaupun bunyinya terlalu hampir dengan kami. Sali terdiam tidak bercakap apa-apa. Saya tahu dia benar-benar dalam ketakutan.
"Jangan-jangan naga tak ustaz?" bisiknya gementar.
"Entahlah" jawab saya, kerana cerita naga ini tidak terlintas langsung di kepala saya.
"Sebenarnya inilah lombong yang dipanggil orang lombong guntung" beritahunya perlahan dalam keadaan cemas.
"Kalau hari hujan panas pernah orang nampak ular besar timbul di tengah lombong" katanya tidak pernah renggang dari saya.
"Kau pernah nampak?" tanya saya menduga.
"Tidak.." katanya sambil memerhati ke tengah lombong.
"Pernah mengail?" soal saya lagi.
"Ada juga.." jelasnya.
"Kadangkala menjala juga dengan orang kampung" dia menerangkan selanjutnya.
"Tak ada pula jumpa ular?" saya kehairanan dengan keterangan dia.
"Selalunya Abang Amud bakar kemenyan barulah orang berani mencari ikan" Sali menceritakan kepada saya latar belakang sebenarnya lombong guntung itu.
Mengapakah dipanggil lombong guntung Sali juga tidak tahu, kononnya nama itu sudah ada sejak turun temurun.
Saya hanya mengangguk-angguk saja mendengar cerita Sali. Mungkin orang bandar mengatakan itu sebagai tahyol, tetapi bagi saya bukannya perkara mustahil. Di dalam Quran pun ada disebutkan tentang peranan syaitan yang menjadi musuh setiap insan.
Syaitan yang nyata ialah perbuatan seseorang insan itu, tetapi syaitan yang tidak nyata adalah makhluk halus yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera. Bagaimanapun apakah caranya saya hendak menerangkan kepada Sali tentang puaka air yang disebutkan tadi.
Memang cerita Kak Liah itu juga dianggap tahyol. Tetapi apa yang diceritakan oleh Kak Liah, sudah dapat saya lihat sendiri melalui makrifat yang dilakukan oleh Aki Sahak. Itulah lembaga botak yang dikatakan pernah ditemui oleh Pak Jarak.
Sayangnya Pak Jarak cuma mempunyai ilmu pawang, bukannya ilmu agama. Maka dia telah menerima syaitan menjadi sahabatnya. Sepatutnya seseorang insan tidak boleh menjadikan syaitan itu sahabat, sebaliknya mestilah menggunakan syaitan itu sendiri untuk melawan syaitan yang lain.
Sebenarnya kita boleh menggunakan syaitan, tetapi jangan biarkan diri kita digunakan oleh syaitan. Cara bersahabat yang dibuat oleh Pak Jarak, memang selalu digunakan oleh pawang-pawang di masa lalu. Cara bersahabat ini secara tidak langsung telah menjadikan diri kita dipergunakan oleh syaitan.
Insan berhak memerintah syaitan seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam. Dan ilmu syaitan tidak akan dapat mengatasi ilmu insan seperti diterangkan dalam Quran mengenai Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam. Tatkala Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam mahukan istana Puteri Ratu Balqis dipindahkan dan dibawakan kepadanya, jin Afrit yang merupakan syaitan paling tinggi ilmunya telah menyahut seruan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam berjanji akan membawa istana Balqis sebelum sempat Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam bangun dari duduk.
Tetapi seorang insan telah menyahut dengan berjanji akan membawa istana Balqis sebelum sempat mata Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam berkedip. Ini menunjukkan ilmu syaitan tidak akan dapat menandingi ilmu insan. Jadi, mengapakah kita mengambil jalan bersahabat dengan syaitan?
Hal ini susah saya hendak terangkan kepada Sali.
Lama saya dan Sali berdiri di tepi tebing lombong itu, tetapi tidak ada lagi bunyi menggerunkan seperti tadi. Kalau ada bunyinya saya akan menyuruh Sali menyuluh, walaupun saya tahu kalau disuluh pun tentulah tidak akan kelihatan apa-apa.
"Dah tak ada bunyinya.." keluh Sali pendek.
"Pukul berapa sekarang?" saya bertanya.
Sali menyuluh jam tangannya "Dekat pukul dua..." beritahunya perlahan.
"Kita balik dulu..." ujar saya menepuk bahunya.
"Kalau ada lagi bunyinya, esok kita ajak Aki Sahak kerjakan" terus saya tolak dia suruh berjalan di hadapan.
Sali tidak menyahut. Dia memasang lampu picit semula merempuh belukar teberau. Ketika berdiri di tebing lombong itu sempat juga saya membaca Ayatul Kursi sebanyak 133 kali. Sepanjang perjalanan balik itu tidak ada pun kami dengar bunyi macam air disedut itu lagi.
Semasa kami sampai di halaman rumah Abang Amud itulah, jenazah anaknya baru sampai dibawa balik dari hospital

No comments:
Post a Comment