Download ke Mobile Doa agar mudah mendidik anak pdf
Amalan agar dipermudah untuk mendidik anak untuk dikongsikan bersama.
Amalan agar dipermudah untuk mendidik anak untuk dikongsikan bersama.
Semasa nak
menidurkan anak, baca dan tiupkan pada ubun2 anak;
(1) Surah
Al-Fatihah
(2) Ayatul
Kursi
(3) Surah
Al-Insyirah
Maksudnya:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya
dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu:
bebanmu (menyiarkan Islam) (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan
berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan
bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai
kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (6) Kemudian apabila engkau
telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja
hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) (8)
(4) Surah Taha,
Ayat 1 hingga 5
Maksudnya:
Taa' Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menanggung kesusahan (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang
yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang
menciptakan bumi dan langit yang tinggi (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang
bersemayam di atas Arasy (5)
No comments:
Post a Comment