Download Adobe Reader untuk Fon korang disini baru leh
Download Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ini
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد
وآل محمد
Berselawat
kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan
kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping
melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh
alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Nabi Muhammad
SAW bersabda;
“Doa
seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang
berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
Sesiapa yang
membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100
hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nabi SAW
bersabda:
“Sesungguhnya
Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi
serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari
umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala
akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat
dan tiga puluh di dunia.”
Keberkatan
Dan Kelebihan Berselawat
1. Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
- Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
- Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
- Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
- Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
2. Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a. Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja
dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya
serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b. Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat
fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c. Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali
sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan
30 lagi hajat dunia.
d. Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat
sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah
SAW bersabda lagi:
“Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah
Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan
terus kepada ku.”
3. Antara
hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah
SAW ialah:
“Sesiapa
yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang
sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat
Tabrani).
“Sesiapa
berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali
selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh
darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai
dan Al Hakim)
.
“Sesiapa
yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh
kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat
kepadanya sebanyak seratus kali. Dan
sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara
kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan
bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
.
” Sesiapa
berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat
kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang
menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku
sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
.
“Sesungguhnya
orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap
tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
Hikmah
Berselawat ke atas Rasulullah SAW
- Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.Menjadi zakat dan pembersih diri.
- Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
- Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
- Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
- Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
- Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
No comments:
Post a Comment