Hebatnyer seOrg Ibu..
Fakta Menarik Ibu Bersalin [Must read especially kaum hawa]
Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang
wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui
beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due
Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali
ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal
adalah 500ml.
4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues”
semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon
badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban
sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya
apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga
45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang
bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin,
tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah
dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita
tidak hamil
Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil
lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang
hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai
ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama
Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala
ibadah di malam hari
Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan
memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari. Ini
disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari,
sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.
Pahala wanita bersalin
Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun
solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala
haji.
***
Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar
apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi
program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita
memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.
Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal
dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita
yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada
tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada
anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di
langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.
Kembali Ke:Petua-Seram-Panduan/Nasihat-Family
Kembali Ke:Petua-Seram-Panduan/Nasihat-Family
No comments:
Post a Comment