Monday, 30 September 2013

Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka

Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka.




Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t.,


 ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, 

maksudnya: ”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)

Allah s.w.t berfirman, ertinya:


”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. " (QS. 31:18)


Allah s.w.t berfirman, mafhumnya:


”(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam
(QS. Az-Zumar: 72)


Rasulullah s.a.w bersabda,


"Tidak akan masuk syurga siapa  yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan." (HR. Muslim)


Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda


"Mahukah Aku beritahu  kepada kamu tentang penghuni syurga

Para sahabat menjawab: tentu (wahai Rasulullah)lalu beliau berkata: 

"(Penghuni syurga adalah) orang-orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain, kalau dia bersumpah (berdo'a) kepada Allah nescaya Allah kabulkan do'anya,

Mahukah Aku beritahu  kepada kamu tentang penghuni neraka? 

Para sahabat menjawab: tentu (wahai Rasulullah), lalu beliau berkata: 

"(Penghuni neraka adalah) orang-orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong". (HR. Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut:


"Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat seperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia, dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara neraka jahannam yang di sebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman dari kotoran penghuni neraka".

(HR. Tirmizi & Ahmad, dihasankan oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Misykat)

Kembali Ke:Petua-Seram-Panduan/Nasihat-Family



Thursday, 26 September 2013

Makanan Berkhasiat Utk Otak



Mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Jangan terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makanan kan sekurang-kurangnya kena kunyah dalam 30-40 kali kunyahan. Pelan-pelan kunyah supaya makanan mudah hadap dan rasa kenyang tuh akan cepat. So makan dalam kuantiti sedikit.

Makan ikan  banyak-banyak
Makan la sebanyak mana ikan yang korang nak sebab ikan kan protein. baik untuk otak korang jugak....so makan lah ikan.....isnin hingga ahad menu utama jadi ikan lah pasni. Telur juga ada protein yang tinggi. 

Selalu makan buahan, sayuran dan manisan

Makan la kismis dan banyakkan makan makanan yang mengandungi gandum, soya dan kekecang.. Sayur pulak dari bayam, brokoli ke. its all for your brain ma....dan pantang makan benda masam-masam juga..

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Jangan minum air yang ada semut
Selalu makan makanan yang panas2
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


KHASIAT BUAH JAMBU BATU.

KHASIAT BUAH JAMBU BATU.


Buah jambu batu cukup banyak khasiat dan kebaikkannya kerana di dalamnya mengandungi vitamin A, vitamin B1, B2, vitamin C, zat besi, fosforus, kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan potassium.

Memakannya secara purata 1 1/2 biji sehari secara konsisten mampu :

1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung

2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah

3. Menurunkan paras gula dalam darah

4. Mengurangkan berat badan

5. Mengawal tekanan darah

6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat

7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah

8. Meningkatkan kadar metabolisme

9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit

10. Ejen antiaksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)

INGAT...jambu batu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi

Selain dimakan begitu sahaja, buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya



Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan

Wednesday, 25 September 2013

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE utk LELAKI

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE utk LELAKI


Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim


Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Kembali Ke:Petua-Seram-Panduan/Nasihat-Family

Pelbagai kegunaan garam dalam perubatan islam


 Pelbagai kegunaan garam dalam perubatan islam

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makanan manusia.

 Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera. Manusia dijadikan dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin .

Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit. Banyak kegunaan garam antaranya :

1-Pengawit ikan supaya tidak busuk. 
2-Menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak. 
3- Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak. 
4- Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam. 

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, sentap apa saja.

 Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. 
Antaranya:

1. Penyakit Gaut "timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 atau 2 jam kemudian mandi air laut. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai - boleh goreng 1 atau 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. Garam tu bunggkus lah dengan kain. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut.

2.Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki.

3.Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam 

4.Secubit garam sebelum memulakan perjalanan mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam.

5.Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, magnetik dan hawa yang berlainan. 

Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.

Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.

1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.

2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.


Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita dirahmati oleh Allah.

Doa agar kandungan sihat dan selamat



“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.


Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Bacaan utk perbanyakkan susu badan

Download ke Mobile Bacaan utk perbanyakkan susu badan pdf
Khasiat Surah Al-Baqarah, Ayat 60; memohon supaya diperbanyakkan susu badan utk menyusukan si kecil.




Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.


Bacalah bila-bila masa yang sesuai disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardhu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insyaAllah.

Selain daripada mengamalkan ayat di atas, boleh juga diamalkan membaca Surah Yaasin dan Surah Hujuraat.

Dengan rasa yakin, doa dan ayat Qur'an tentu sekali penyembuh dan penawar yang terbaik. InsyaAllah.

Kembali Ke:Petua-Seram-Panduan/Nasihat-Family


Seorang IBU dlm Hidupnya membuat kebohongan.

Seorang IBU dlm Hidupnya membuat kebohongan.

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kpd anaknya & berkata, "Cepatlah makan, ibu tidak lapar."

2. Waktu makan, Ia selalu mengasingkan ikan & daging utk anaknya & berkata, "ibu tidak suka daging, makanlah, sayang.."

3. Tengah mlm bila dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata,
"Istirahatlah nak, ibu masih belum mengantuk.."

4. Bila anak sudah Tamat Sekolah, bekerja, mengirimkan wang utk ibu. Ia berkata, "Simpanlah utk keperluanmu syg, ibu masih ada wang"


5. Bila anak sudah berjaya, menjemput ibunya utk tinggal di Rumah Besar, Ia terus berkata, "Rumah lama kita sangat selesa, IBU tak biasa tinggal di rumahmu sayang"

Saat menjelang tua, ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi ibu msh boleh tersenyum sambil berkata,

"Jangan menangis, ibu tidak apa apa"

Ini adalah pembohongan terakhir yg dibuat ibu, tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu slalu menganggap kita anak kecilnya, mengkhawatirkan diri kita tp tidak pernah membiarkan kita mengkhawatirkan dirinya


Semoga semua anak di dunia ini boleh menghargai setiap pembohongan seorang ibu...karena Beliaulah Malaikat nyata yg dikirim TUHAN utk menjaga kita (I Love U Mom)

Berbahagialah orang2 yg memiliki ibu & bahagiakanlah ibu anda selagi ada' Aamiin..

Kembali Ke:Petua-Seram-Panduan/Nasihat-Family


Doa agar mudah mendidik anak

Download ke Mobile Doa agar mudah mendidik anak pdf
Amalan agar dipermudah untuk mendidik anak untuk dikongsikan bersama.

Semasa nak menidurkan anak, baca dan tiupkan pada ubun2 anak;
(1) Surah Al-Fatihah
(2) Ayatul Kursi

(3) Surah Al-Insyirah









Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) (8)

(4) Surah Taha, Ayat 1 hingga 5





Maksudnya: Taa' Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy (5)

Saturday, 21 September 2013

Khasiat Kacang Soya

Kacang soya  memang banyak khasiatnya.. Selain diproses untuk membuat minuman, soya juga boleh dibuat tauhu, kicap dan jugak tempe...

Pokok kacang soya yang berasal daripada spesis Glycine max dalam keluarga Leguminosae ini biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu.

Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. kandungan kolestrol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.




KACANG SOYA KAYA PROTEIN

-Protein : unsur pemakanan yang penting untuk membina dan memperbaiki tisu badan, rambut, kuku hingga membentuk otot pada badan

-Salah satu sumber protein : Makanan yang berasaskan soya (boleh memberikan tenaga yang mencukupi kerana ia dapat membekalkan tenaga yang diperlukan).

Protein dari bahan makanan berasaskan kacang soya dapat membantu pertumbuhan badan apabila ia dapat menghasilkan unit-unit kecil yang dinamakan asid amino.


Apabila protein masuk ke dalam badan, protein akan dihancurkan menjadi asid amino. Hasil itu akan diserap melalui saluran darah dan menghantar ke tempat yang memerlukannya.


Protein penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan agar kita sentiasa segar dan cantik. Hal ini kerana protein ialah pemangkin kepada bahan kimia dalam badan.

Ia juga membantu menghalang jangkitan pada badan, dan menjadi bahan yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan. Dalam badan protein membekalkan 4 kalori tenaga per gram.

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya.

Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijirin bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.

Air kacang soya (juga susu soya atau Itali: soia latte) merupakan satu minuman dari kacang soya yang asalnya dari China. Di setengah negara-negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan dijadikan satu hidangan harus ketika waktu makan. Di sebelah barat ia dijadikan satu bahan minuman gantian kepada sesiapa yang tidak boleh meminum susu lembu. Sumber : wikipedia Bahasa Melayu

banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.



Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-

1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.

2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.

3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.

5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6 . Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.

7 . Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.

8. Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.

9. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

10. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

11. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

12. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

13. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

14. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada kanser kolon.

Download ke Mobile Khasiat Kacang Soya pdf



KHASIAT EPAL HIJAU DAN EPAL MERAH



EPAL MERAH :

Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandung serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. 

Kulitnya mengandung pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, memperlunak feses, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)

Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser karena dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan kanser.

Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. 

Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk:

  • Mencegah pembentukan tumor usus.
  • Melambatkan serangan tumor.
  • Memperkuat ginjal.
  • Membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan.
  • Menstabilkan gula darah.
  • Serat baik untuk terapi kecantikan.


EPAL HIJAU :

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron)pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

  1. kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan.
  2. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
  3. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Cara Nak Bersihkan Buah Pinggang

Daun Sup/Parsli

Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit parsli dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

Tahukah anda apa itu daun parsli?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.

Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk. Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.


Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!



10.Orang Tua Berserban Kuning

Download ke Mobile Orang Tua Berserban Kuning pdf


Demikianlah diberitahu oleh Meon kepada saya mengenai Ulung Bahar. Dari apa yang diceritakan oleh Meon itu saya dapati dia bukanlah orang dukun yang mengamalkan cara perubatan tradisional. Kalau dukun tentulah dia menggunakan ramuan seperti bunga-bunga, bertih direndang, kemenyan dan sebagainya.

Cara yang dilakukan oleh Ulung Bahar ketika mengubat Orang Besar samalah seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Tua Mahat, Aki Sahak dan Tok Aji. Berbeza dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, Tok Aji adalah guru agama yang mempunyai madrasah sendiri.

Sebab itulah saya berminat sangat mahu bertemu muka dengan Ulung Bahar ini.

Saya datang ke rumah Meon di Gombak kira-kira jam 9.00 malam kerana mahu menetapkan hari bilakah dia akan balik ke kampungnya. Memang saya tertarik hati mahu mengenalinya. Ulung Bahar hanya menggunakan doa-doa tertentu saja dari ayat-ayat Quran, dan bukannya menggunakan jampi mentera. Dia juga tidak menggunakan ramuan seperti bertih, kemenyan, limau, bunga-bunga sebagaimana yang lazim digunakan oleh dukun-dukun.

Inilah persamaan yang dapat saya lihat antara Ulung Bahar dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak.

"Macam ustaz buat apa lagi jumpa Ulung Bahar..." kata Meon sebaik saja saya masuk ke rumahnya.

"Orang macam tu patut kita jumpa" jelas saya lalu duduk.

"Orang tua banyak pengalaman..." ujar saya tertawa.

"Saya agak orang macam ustaz ni memang suka sangat Ulung Bahar nak berjumpa" isteri Meon menyampuk.

"Ah, apa sangat saya ni..." saya serba salah bila dikatakan begitu.

Sebenarnya saya baru setahun mengenali Meon dari seorang kawan. Kawan saya itu mengidap sakit lelah beberapa tahun. Meon telah membawakan dia berjumpa dengan Ulung Bahar. Katanya penyakit lelahnya itu sudah beransur baik. Dialah yang membawa saya pula bertemu dengan Meon.

Dari Meon pulalah saya mendengar cerita Ulung Bahar mengubat Orang Besar yang hilang tenaga kelelakian itu. Tidak lama kemudian Simah isteri Meon meminta masuk ke bilik kerana dia merasa pening kepala. Tinggallah saya dengan Meon berbual-bual kosong. Pada mulanya saya tidak berniat untuk lama di rumah Meon, tetapi bila Meon bercerita mengenai beberapa kisah di kampungnya yang melibatkan Ulung Bahar, saya tertarik hati pula mahu mendengarnya.

Kata Meon, satu waktu dulu kampungnya diganggu oleh lembaga hitam pada setiap malam. Lembaga hitam ini akan masuk ke dalam rumah dan mencabul wanita-wanita dengan sesuka hatinya. Kebanyakan wanita itu tidaklah diperkosanya, hanya dibukakan pakaian wanita berkenaan, kemudian dia melarikan diri.

Bagaimanapun Ketua Kampung enggan melaporkan kepada polis, kerana orang-orang kampung mahu menangkap sendiri, siapakah yang melakukannya.

Seorang janda beranak terjerit bila tiba-tiba satu lembaga hitam menjelma di depannya. Jeritannya hanya sekaligus saja, kerana selepas itu dia terus kebingungan akibat dipukau oleh lembaga berkenaan. Lembaga hitam itu telah membuka pakaian janda tadi hingga tidak tinggal sebenang pun. Sebelum lari meninggalkan wanita tersebut dia memangkahkan kapur pada kemaluan janda itu.

Satu malam sampai lima enam orang diganggunya. Dia tidak peduli sama ada anak dara, janda atau isteri orang, semua diganggunya. Setelah ditelanjangkan dia akan memangkah kemaluan wanita tersebut dengan kapur. Apakah tujuannya tidak pula diketahui.

Anehnya rumah-rumah yang berdekatan dengan Ulung Bahar tidak pula diganggunya.

Apabila diberitahu pada Ulung Bahar dia juga tidak dapat memberi jawapan. Katanya sukar juga mahu memerangkap lembaga hitam itu, keran tidak tahu rumah mana yang akan diganggunya.

"Kalau kita tahu rumah siapa mahu diganggunya, mudahlah kita memerangkap dia..." jelas Ulung Bahar.

"Apa tujuannya lembaga hitam ni Ulung?" Ketua Kampung hairan dengan suasana yang melanda kampung.

"Ah, ilmu sesat. Ilmu orang tak ingat Allah..." beritahu Ulung Bahar selamba.

Bagaimanapun tiap-tiap malam Ketua Kampung mengarahkan penduduk-penduduk kampung berkawal malam. Lembaga hitam itu pula bagaikan tahu di mana penduduk-penduduk kampung berkawal. Dan dia akan datang mengganggu rumah yang jauh dari kawalan.

Sebenarnya Ulung Bahar boleh memerangkap lembaga hitam berkenaan sekiranya mendapat kerjasama dari penduduk-penduduk kampung. Sayangnya, penduduk-penduduk kampung sendiri tidak mahu bersatu apabila diajak berkumpul di surau. Ulung Bahar mengajak mereka membaca Yassin beramai-ramai supaya lembaga hitam itu tidak dapat lagi masuk mengganggu.

Tetapi sebahagian besar penduduk mahu menangkap lembaga hitam itu. Mereka mahu tahu siapakah orangnya yang berani melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Disebabkan Ulung Bahar enggan menerima cadangan orang-orang kampung yang berdendam mahu menangkap lembaga hitam tersebut, maka mereka telah menemui seorang dukun bernama Pak Musiro.

Pak Musiro mendakwa dialah yang menjadi guru kepada lembaga hitam yang mengganggu orang-orang kampung. Mengikut cerita Pak Musiro seorang pemuda telah datang menemuinya untuk belajar ilmu ghaib. Bila ditanya siapakah pemuda berkenaan, Pak Musiro tidak mahu menerangkannya.

"Nantilah, bila dapat kita tangkap, kalian semua akan tau..." kata Pak Musiro.

Pak Musiro ini dipercayai memiliki ilmu ghaib. Pernah di zaman pemerintahan Jepun dia mahu ditangkap oleh askar-askar Jepun. Tetapi askar-askar Jepun tidak menemuinya. Semasa darurat juga gerila komunis mahu menangkapnya, tetapi tidak dapat dikesan di mana dia bersembunyi.

Satu hari seekor babi hutan telah masuk ke kampung menyerang beberapa orang penduduk. Tetapi apabila terserempak dengan Pak Musiro babi hutan itu berpusing-pusing mencari Pak Musiro. Sempat pula Pak Musiro mengasah parangnya sebelum menetak kepala babi itu sampai tersungkur mati.

Mungkin kerana mendengarkan cerita kehebatan Pak Musiro inilah pemuda berkenaan ingin sangat mempelajari ilmu ghaib dari orang tua tersebut.

"Ilmu ghaib macam mana yang kau nak belajar?" tanya Pak Musiro.

"Ilmu ghaib yang ada pada Pak Musiro" sahut pemuda berkenaan.

"Ilmu ghaib ni ilmu jahat..." beritahu Pak Musiro menjelaskan kepada pemuda itu.

"Tetapi kalau mahukan ilmu supaya tidak ditemui oleh musuh, kau boleh amalkan dari Surah Yassin" dia menerangkan selanjutnya.

"Saya bukannya ada musuh..." kata pemuda itu tersengih-sengih.

Pak Musiro telah menerangkan satu cara yang paling sulit dilakukan dengan harapan pemuda tersebut tidak jadi meneruskan usahanya mahu menuntut ilmu ghaib. Lagi pun Pak Musiro bukanlah bersungguh-sungguh mengajarnya. Dia hanya menerangkan satu perkara yang dia sendiri tidak pernah melakukannya. Pendek kata apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro itu hanyalah rekaan semata-mata.

Kata Pak Musiro. "Kalau kau berani cubalah".

"Cuba macam mana?" pemuda itu mendesak.

"Aku ingat lebih baik tak usah"

Dia masih lagi mencari akal apakah cerita yang hendak direkanya.

"Saya sanggup buat apa pun Pak Musiro" tegas pemuda berkenaan.

Akhirnya Pak Musiro mendapat satu akal. Dia percaya tentu pemuda itu tidak akan sanggup melakukannya. Memang kalau orang yang waras fikiran pun merasa tidak munasabah dengan apa yang disebutkan oleh Pak Musiro.

"Apabila ada orang mati, kau ambil abuk papan lahad yang diketam. Dibakar dan ambil abunya. Lepas itu semasa mayat sedang dimandikan, kau masuk ke bawah rumah tempat mayat itu dimandikan dan taburkan abu papan itu di kepala..." ujar Pak Musiro tersengih-sengih kerana pemuda tadi percaya sangat dengan apa yang dicakapnya.

"Lepas tu apa saya nak buat?" tanya pemuda berkenaan dengan yakin.

"Kalau ada apa-apa datang, kau curilah apa saja barangnya" kata Pak Musiro seterusnya.

"Lagi..." pemuda tersebut sedikit pun tidak ragu-ragu akan cerita Pak Musiro.

"Kalau ada sesiapa mengejar kau carilah sungai, dan cepat-cepat menyeberang" ujar Pak Musiro.

Pemuda itu mengangguk lemah. Terasa padanya terlalu berat mahu melakukan seperti yang diterangkan oleh Pak Musiro. Namun dia tidak sedar bahawa Pak Musiro hanya berolok-olok saja untuk melemahkan semangat dia dari meneruskan cita-citanya mahu belajar ilmu ghaib.

Bagi Pak Musiro orang yang akan mengejar sekiranya pemuda itu meneruskan cita-citanya mestilah keluarga si mati. Tentulah mereka marah apabila ada orang melakukan perbuatan demikian semasa si mati dimandikan. Sebab itulah dia sentiasa tersengih-sengih bila memberitahu demikian.

Selepas itu Pak Musiro tidak tahu apa yang berlaku ke atas pemuda tadi. Apabila orang-orang kampung gempar dengan kejadian lembaga hitam mengganggu dan datang menemuinya, Pak Musiro mula teringatkan kepada pemuda yang pernah menemuinya untuk belajar ilmu ghaib itu. Hanya orang yang melakukan ilmu halimunan saja yang boleh hilang dari pandangan orang ramai.

Orang-orang kampung menjadi bingung kerana lembaga hitam itu boleh masuk ke dalam rumah mangsa mengikut lubang yang boleh ditembusi angin. Bagaimana rapat dikunci pun pintu dan tingkap, dia boleh masuk selagi ada lubang yang boleh ditembusi angin.

Setelah berjanji untuk menangkap lembaga hitam tersebut, Pak Musiro pun bersiap-siap dengan ramuan dukunnya. Dia menyediakan tujuh jenis bunga, tujuh biji limau dan tujuh geluk air yang diambil dari tujuh batang sungai. Dia akan memanggil lembaga hitan itu datang ke rumahnya dan akan menggunakan 'pasung bumi' iaitu ilmu kebatinan yang mengunci musuh tidak dapat mencari jalan keluar untuk melarikan diri.

Penduduk-penduduk kampung yang ditugaskan membantu Pak Musiro juga bersiap sedia di sekitar rumah Pak Musiro. Mereka akan menyerbu sebaik saja mendapat isyarat dari Pak Musiro.

Kira-kira jam 9 malam, Pak Musiro memulakan tugasnya. Dia mencucukkan tujuh batang lidi kepada setiap biji limau dan direndamkan ke dalam tujuh geluk yang berisi air dan tujuh jenis bunga. Kemudian Pak Musiro membakar kemenyan sambil mulutnya kumat-kamit membaca mentera.

Lama dia membaca menteranya, tiba-tiba dia hilang dari pandangan orang ramai. Selepas itu mereka terdengar bunyi pergelutan di sekitar rumah itu. Meon yang ditugaskan oleh Pak Musiro membakar kemenyan apabila dia sudah hilang dari pandangan, terus membakar kemenyan yang siap dijampi oleh Pak Musiro.

Orang ramai mahu membantu tidak dapat kerana masing-masing tidak nampak siapakah yang bergelut. Hanya barang-barang di dalam rumah itu saja tunggang-langgang seperti dirempuh. Mereka semua menjadi cemas juga kerana tidak tahu siapakah akan tewas dalam pergelutan itu. Dalam masa mereka tidak ketahuan itu tiba-tiba Pak Musiro terpelanting di hadapan mereka. Termengah-mengah Pak Musiro menahan kesakitan. Mulutnya kelihatan berdarah dengan seluruh badannya calar balar.

Pak Musiro terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedar diri. Orang-orang kampung semakin cemas melihatkan Pak Musiro tidak sedarkan diri setelah dipercayai bergelut dengan lembaga hitam yang mengganggu penduduk-penduduk kampung selama ini.

Dua hari Pak Musiro tidak sedarkan diri. Nafasnya mengombak-ngombak. Kuku kaki dan tangannya sudah menjadi lebam. Melihatkan keadaan Pak Musiro semakin tenat Meon pun menyuruh isteri Pak Musiro memanggil Ulung Bahar. Orang-orang kampung selama ini tidaklah menganggap Ulung Bahar sebagai dukun, tetapi sebagai orang tua yang banyak pengalaman saja. Lagi pun Ulung Bahar sendiri tidak suka dirinya dipanggil dukun seperti Pak Musiro.

Jiran-jiran masih ramai berkumpul di rumah Pak Musiro semasa Ulung Bahar datang. Ketua Kampung juga ada sama menziarahi Pak Musiro. Mereka semua merasa terhutang budi kepada Pak Musiro yang sanggup menyabung nyawa untuk menyelamatkan penduduk-penduduk kampung.

Ulung Bahar memegang kepala Pak Musiro. Kesan calar-balar di tubuhnya juga menjadi lebam.

"Musiro bernasib baik..." keluh Ulung Bahar perlahan.

"Dia hampir berjaya, tetapi tak ada orang membantu. Musuhnya hampir kalah, tetapi cepat mendapat bantuan" katanya macam kesal.

Kekesalan yang terpancar di mata Ulung Bahar, ialah orang-orang kampung hanya berharap kepada Pak Musiro semata-mata. Mereka tidak tahu bagaimana harus membantu bila seseorang seperti Pak Musiro menentang gangguan syaitan. Kalau ada salah seorang darinya azan, sudah tentu Pak Musiro lebih mudah menjalankan tugasnya. Disebabkan tidak ada sokongan itulah Pak Musiro dapat ditewaskan.

"Minta aku air sejuk segelas..." Ulung Bahar meyuruh isteri Pak Musiro ambilkan air.

"Meon, ambil wudhuk" perintahnya lalu berpaling pada Meon. Tidak bertangguh Meon mengambil wudhuk.

"Azan..." katanya lagi sambil mencapai gelas air yang dihulurkan oleh isteri Pak Musiro. "Jangan berhenti selagi aku tak suruh" dia memberitahu Meon.

Meon pun azan seperti yang disuruh oleh Ulung Bahar. Kira-kira sepuluh kali Meon azan barulah disuruh berhenti oleh Ulung Bahar. Ketika ini dia merenung ke dalam gelas air di depannya. Ulung Bahar tersenyum sedikit bila merenung ke dalam gelas.

"Bodoh!" itu saja yang orang ramai dengar terkeluar dari mulut Ulung Bahar. Selepas itu mereka melihat mulut Ulung Bahar terkumat-kamit dengan mata terpejam rapat.

Sebenarnya Ulung Bahar sudah ternampak Jalit abang Meon sedang diubat oleh seorang lelaki tua berserban kuning. Jubahnya juga kuning seperti kain Sami Budha. Apabila mereka berdua nampak Ulung Bahar mereka cuba melarikan diri. Ketika ini Pak Musiro sudah menunggu di muka pintu, lalu mereka bertarik-tarikan.

Sebelah tangan Jalit ditarik oleh lelaki tua berserban kuning itu, manakala sebelah lagi ditarik oleh Pak Musiro.

"Kau ajar dia jadi jahat!" pekik Pak Musiro menendang dada lelaki tua berserban kuning itu.

"Bukankah kau yang suruh dia datang kepada aku?" lelaki tua itu mengejek.

"Aku tak suruh...!" sahut Pak Musiro marah.

"Jangan pula kau berdalih" lelaki tua berserban kuning itu menampar muka Pak Musiro.

"Kau suruh dia datang belajar dengan aku, sekarang kau nak berdalih!" ujarnya masih memaut tangan Jalit.

Sementara Jalit pula menjadi bingung tidak bertindak apa-apa walaupun tangannya dipegang oleh orang tua berserban kuning dengan Pak Musiro.

Terkejut juga Pak Musiro bila dituduh demikian. Dia tidak pernah menyuruh Jalit menuntut dari sesiapa pun.

Semua pertengkaran ini dilihat oleh Ulung Bahar. Tetapi yang menerima akibat dari pertentangan itu ialah Jalit dan Pak Musiro sendiri. Mereka berdua yang cedera, manakala lelaki tua berserban kuning itu tidak menanggung apa-apa kecederaan. Setiap tendangan kaki Pak Musiro yang menyinggahi dada lelaki itu semuanya menuju ke sasaran dada Jalit. Seolah-olah Jalit menjadi pelindung lelaki tua berkenaan apabila Pak Musiro membuat serangan.

"Jalit cakapkan siapa yang suruh kau datang menemui aku?" soal orang tua berserban kuning.

"Pak Musiro..." beritahu Jalit.

"Jangan berdusta Jalit!" marah benar Pak Musiro bila Jalit menuduh dia demikian.

"Bukankah Pak Musiro menyuruh aku curi kulit papan yang diketam untuk papan lahad?" Jalit mengingatkan Pak Musiro.

"Pak Musiro suruh aku bakar, Pak Musiro suruh aku ambil abunya. Pak Musiro suruh aku mandi bawah air mandi mayat. Pak Musiro suruh aku taburkan abu kulit papan ke kepala aku...!" jelasnya bergema memukul gendang telinga Pak Musiro.

"Cukup...!" pekik Pak Musiro marah.

Merah padam mukanya bila mengingatkan balik peristiwa dia menipu Jalit yang bersungguh-sungguh sangat mahu belajar ilmu ghaib. Rupa-rupanya Jalit betul-betul melakukan seperti apa yang disuruhnya, padahal dia hanya mereka-reka supaya Jalit lemah semangat.

Sebaik saja diberitahu oleh Pak Musiro petua-petua mencari ilmu ghaib, Jalit tidak memikirkan sama ada Pak Musiro memperolok-olokkan dia atau tidak. Dia sudah nekad akan mencuba seperti apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro. Ilmu yang dituntut mestilah atas keyakinan diri sendiri. Sama ada ajaran guru itu betul atau salah tidak boleh difikirkan. Inilah pendirian Jalit apabila menerima peraturan yang disuruh oleh Pak Musiro kalau mahukan ilmu menghilangkan diri.

Kebetulan tidak lama kemudian ada orang meninggal dunia di kampung itu. Jalit terus menziarahi si mati dengan nekad akan melakukan seperti yang dikatakan oleh Pak Musiro. Semasa orang mengetam papan untuk dibuat papan lahad, Jalit terus mengumpulkannya dan membawa ke lubang sampah. Pada penglihatan orang ramai Jalit sangat rajin membantu dengan membuangkan sampah tersebut.

Di situ dia membakar sampah papan diketam tadi. Abunya dibungkus dengan sapu tangan. Dia menunggu sehingga mayat dimandikan di atas rumah kira-kira jam 12 tengah hari. Orang ramai tidak menyedari bahawa dia sudah pun mencangkung di bawah rumah bersetentangan dengan mayat hendak dimandikan. Sebaik saja derau air yang mula dari mayat itu jatuh ke bawah rumah, teruslah menimpa kepala Jalit yang sudah ditaburkan dengan abu sampah papan diketam.

Belum pun selesai mayat itu dimandikan, Jalit nampak lelaki tua datang bertongkat ikut sama mandi bersamanya. Lelaki itu tidak bercakap sepatah pun. Sebelum masuk mandi bersama dengan Jalit, dia meletakkan serban kuningnya pada gelegar rumah, manakala tongkatnya tetap dipegang di tangan.

Jalit memerhatikan apakah barang yang harus dilarikannya dari orang tua itu. Kalau mahu dilarikan tongkat, orang tua itu masih menggenggam tongkatnya erat-erat. Akhirnya terlintas di kepalanya untuk melarikan serban yang tersangkut pada gelegar rumah. Itu saja barang yang ada pada orang tua itu tidak dipakainya.

Setelah melihat orang tua itu asyik mandi di bawah air mandian mayat tadi, Jalit pun meluru mencapai serban kuning yang tersangkut di gelegar. Serentak dengan itu dia mendengar orang tua itu menjerit memanggil dia dan mengejarnya dari belakang. Jalit pun lari sekuat hati menuju ke arah sungai.

Dia sempat menyeberang sungai. Orang tua yang mengejarnya dari belakang tadi tidak dapat menyeberang.

"Pulangkan serban aku!" pinta orang tua tersebut.

"Tidak..." sahut Jalit berbangga dengan kejayaannya melarikan serban orang tua yang sama-sama mandi air mayat tadi.

"Sekarang serban ni kepunyaan aku. Kalau kau mau marilah menyeberang sungai ke sini..." dia megejek-ngejek.

"Memang aku nak beri kau" orang tua itu tersenyum.

"Memang aku tau kau berhajat sangat hendakkan ilmu ghaib. Kau boleh memakai serban itu, tetapi ada syaratnya" beritahu orang tua itu.

"Apa syaratnya?"

"Senang saja..."

"Kalau aku tak ikut syarat?"

"Aku ambil semula serban"

"Ah! aku tak percaya!" Jalit cuba mengelak dari syarat yang hendak dikenakan oleh orang tua tersebut.

Orang tua itu menunding jarinya ke arah Jalit. Dengan tiba-tiba saja serban kepunyaannya melayang dari tangan Jalit terus masuk berlingkar ke hujung tongkat. Jalit terlopong dengan tindakan orang tua berkenaan. Ternyata dia tidak dapat melawannya. Jalit tidak mempunyai apa-apa kelebihan bagi mempertahankan diri dari tindakan orang tua tadi. Dia hanya melakukan seperti apa yang disuruh oleh Pak Musiro dengan tidak bertanyakan lebih lanjut bagaimana kalau dia tidak boleh melawan dugaan.

"Sekarang kau percaya atau tidak?" tanya orang tua itu ketawa berdekah-dekah mengejek Jalit.

Pucat muka Jalit. Dia percaya dirinya tidak akan dapat lari ke mana. Kalau serban di tangannya lagikan mudah dirampas kembali oleh orang tua itu, tentulah dia juga tidak akan dapat  melarikan diri.

"Aku percaya..." sahut Jalit lemah.

"Cakaplah apa syaratnya?" tanya Jalit mengharapkan pertolongan dari orang tua tersebut.

"Kau mesti mencabul 44 orang perempuan!" ujar orang tua itu memberikan syaratnya.

"Tetapi ingat, kau tidak boleh menodai seorang pun..." katanya memberi amaran.

Lama Jalit berfikir sama ada mahu menerima syarat tersebut atau tidak. Alang kepalang dia sudah pun hampir mencapai maksudnya. Cuma syarat itu saja mesti dilakukan.

"Ingat 44 orang perempuan dalam masa dua minggu!" tegas orang tua itu lagi.

"Baiklah, aku sanggup" Jalit memberi pengakuan.

"Kau mesti tandakan sebagai bukti kau telah mencabulnya!" katanya lagi.

"Baiklah!" sahut Jalit tegas.

Serban kuning itu dipulangkan semula kepadanya. Apabila dipakai di kepala Jalit merasakan dirinya boleh berlari kencang. Dia boleh melompat melepasi sungai. Alangkah gembiranya kerana dapat memenuhi maksudnya.

"Kalau kau tak berjaya mencabul 44 orang perempuan, serban itu aku ambil semula" beritahu orang tua itu menghilangkan diri dari pandangannya.

Untuk memenuhi tuntutan itulah Jalit terpaksa melakukan perintah orang tua berjubah dan berserban kuning itu. Apabila dia balik ke rumah hari itu dia telah bertemu Meon sedang mengembala lembu masuk ke kandang. Jalit memanggil Meon, tetapi Meon berpusing-pusing mencari suara Jalit yang memanggilnya.

Apabila serban itu ditanggalkan barulah Meon melihat dia. Meon juga tidak nampak serban yang dipegang di tangannya. Sejak itulah kegemparan berlaku di kampung itu mengenai lembaga hitam mengganggu perempuan. Setiap malam sekurang-kurangnya tiga orang perempuan telah dicabul. Kemaluannya dipangkah dengan kapur. Kesemua mangsa mengakui bahawa mereka tidak dinoda oleh lembaga hitam tersebut.

Hinggalah Jalit tidak dapat mengelak bila bertembung dengan Pak Musiro. Dia sudah berjaya mencabul hampir 30 orang perempuan bila namanya diseru oleh Pak Musiro. Apabila dia mahu menyerah kalah kepada Pak Musiro, orang tua yang memberikan dia serban kuning itu datang menjelma. Orang tua itu memerintahkan dia supaya menentang Pak Musiro.

Terpaksalah Jalit menentang Pak Musiro. Tetapi setiap kali memberi tentangan, serangan Pak Musiro terlalu keras. Dia tidak dapat bertahan dari serangan Pak Musiro. Mujurlah orang tua berjubah kuning itu datang menolongnya. Orang tua itu meresap ke dalam tubuhnya lalu sama-sama menyerang Pak Musiro. Akhirnya Pak Musiro terpelanting tidak berdaya lagi untuk bangun menentang.

Jalit juga mendapat cedera parah. Bagaimanapun cederanya dapat diubat oleh orang tua yang menolongnya. Hinggalah Ulung Bahar datang menjelma, barulah Pak Musiro kembali bertenaga untuk melepaskan dia dari genggaman orang tua tersebut.

"Kenapa kau lari?" jerkah Ulung Bahar bila melihat orang tua berserban kuning bergegas-gegas menarik Jalit, tetapi ditahan oleh Pak Musiro.

"Kau takut pada aku?" kata Ulung Bahar menghentakkan tumitnya ke lantai rumah Jalit.

Terpekik Jalit bila Ulung Bahar menekan tumitnya ke lantai. Orang tua berserban kuning itu tertawa berdekah-dekah bila Jalit terpekik.

"Kau takkan menang Bahar..." ejeknya menyakitkan hati Ulung Bahar.

Pak Musiro juga masih memaut tangan Jalit. Dia tidak berjaya melepaskan Jalit dari orang tua berkenaan. Kalaulah Pak Musiro dapat melepaskan tangan Jalit dari genggaman orang tua itu, tentulah mudah bagi mereka menyerang orang tua tadi. Syaitan yang menjelma sebagai orang tua itu berjaya menggunakan Jalit menjadi pelindungnya apabila diserang oleh manusia.

Tetapi Ulung Bahar bukan semudah itu hendak ditentang oleh syaitan. Dia tidak putus asa apabila Jalit dijadikan pelindung syaitan. Ulung Bahar terus azan hingga menggegarkan kawasan rumah Jalit. Pak Musiro tetap berpaut pada tangan Jalit walaupun gegaran bertambah kuat.

"Musiro, kuatkan zikir kau..." Pak Musiro mendengar Ulung Bahar membisikkan sesuatu ke telinganya. Pak Musiro mengangguk.

Dia berzikir mengingatkan kudrat dan iradat Allah. Ketika ini dia merasa gegaran itu tidak menyusahkan dirinya. Pak Musiro terselamat dari gangguan gegaran apabila Ulung Bahar azan.

Hanya orang tua itu saja terhumban ke kiri ke kanan tidak dapat berjejak. Gegaran semakin kuat.

"Nanti..." orang tua itu merayu meminta Ulung Bahar berhenti azan.

Tetapi tangannya tetap berpaut pada Jalit.

"Lepaskan Jalit dulu..." perintah Ulung Bahar.

Dia tidak memberhentikan azannya. Semakin galak Ulung Bahar azan berulang kali, semakin kuat gegaran di sekitar rumah Jalit. Orang tua itu terumbang ambing macam bertih direndang dalam kuali terlompat ke kiri ke kanan.

"Tolong berhentikan! Aku tau kau tak sama dengan Musiro. Aku kalah dengan kau, tolong..." rintihnya memanjang.

"Lepaskan Jalit dulu..." tegas Ulung Bahar.

Selagi dia tidak melepaskan Jalit, Ulung Bahar tidak akan berhenti azan.

Tidak tahan dengan gegaran yang semakin kuat orang tua itu terpaksa melepaskan Jalit. Sebaik saja Jalit dilepaskan, Ulung Bahar menyuruh Pak Musiro lindungkan Jalit. Dia tahu Jalit tidak bersalah. Jalit hanya terpengaruh dengan ilmu sesat yang ditunjukkan oleh syaitan.

"Aku tak bermusuh dengan kau" gerutu orang tua itu marah.

"Aku bermusuh dengan Musiro, biarkan saja Musiro melawan aku" ujarnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.

"Kalau kau tak mahu bermusuh dengan aku, biar aku yang bermusuh dengan kau" sindir Ulung Bahar.

"Jangan! Aku tak mahu bermusuh dengan kau...!" sahut orang tua itu lemah.

"Aku nak bermusuh dengan kau...!" jerkah Ulung Bahar.

"Mengapa pula?" dia sengaja mencari jalan mahu mengelakkan diri dari bertentang dengan Ulung Bahar.

"Memang syaitan musuh aku!" balas Ulung Bahar menampakkan kebenciannya.

"Aku nak berlawan dengan Musiro..." beritahu orang tua itu lagi.

"Kenalah langkah mayat aku dulu!" Ulung Bahar terus mencabar.

Orang tua itu berlegar-legar mahu menerkam ke arah Pak Musiro. Belum sempat dia menerkam, Pak Musiro menendang dadanya. Terpelanting orang tua itu akibat ditendang oleh Pak Musiro. Masa ini dia tidak dapat lagi menggunakan Jalit  sebagai pelindungnya. Dia terpaksa menanggung sendiri kesakitan akibat tendangan kuat dari Pak Musiro.

Marah benar dia ditendang oleh Pak Musiro. Cepat-cepat dia bangun mahu membalas semula. Dia menerkam tetapi sempat dielak dengan pantas oleh Pak Musiro.

"Di depan Bahar kau memang handal..." bentak orang tua itu marah.

"Baca Fatihah Musiro..." bisik Ulung Bahar.

Pak Musiro membaca Fatihah tiga kali. Satu putaran angin kencang memutar orang tua tersebut seperti uri gasing berputar ligat. Jeritan orang tua itu bergaung di dalam putaran angin kencang itu. Lama dia diputar angin kencang orang tua itu jatuh tersungkur di depan Pak Musiro.

"Sekarang kau nak lawan Musiro lagi?" kata Ulung Bahar mengejeknya.

Orang tua itu tidak dapat bergerak lagi selepas diputar angin kencang tadi. Ternyata dia terlalu lemah untuk bangun semula. Selama ini dia tidak gentar kalau menentang Pak Musiro. Walaupun Pak Musiro dukun terkenal, tetapi dia tahu mempermainkan Pak Musiro. Apabila kalah dia akan berundur buat sementara dulu. Kemudian akan datang semula mengganggu.

Tetapi dengan Ulung Bahar dia tidak berpeluang mahu mengelak. Ke mana saja bersembunyi dapat diekori oleh Ulung Bahar. Sebab itulah sedapat-dapatnya dia mahu mengelak dari bertemu dengan Ulung Bahar.

"Sekarang kau lawanlah Musiro..." ulangi Ulung Bahar.

"Kau tolong dia, fasal itu aku tak terlawan" rintihnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.

"Aku tak tolong dia, kau yang tak terlawankan dia" Ulung Bahar mengejeknya.

Orang tua itu bangun terhuyung hayang. Dia masih berdendam pada Pak Musiro. Sebaik saja dia mahu menerkam, Ulung Bahar membisikkan ke telinga Pak Musiro supaya membaca Surah Al-Ikhlas, Pak Musiro membacanya tiga kali. Tiba-tiba bukit bukau berterbangan menimpa ke arah orang tua itu. Jerit orang tua itu bergema menahan kesakitan.

Pak Musiro melihat orang tua tersebut terhimpit di bawah bukit bukau yang berterbangan menimpanya. Apabila dia membuka mata, dilihatnya Ulung Bahar ada di sebelahnya. Malam itu juga Pak Kadut ayah Meon datang memanggil Pak Musiro kerana Jalit diserang sakit sesak nafas tiba-tiba.

Alangkah terperanjatnya dia bila diberitahu Pak Musiro masih belum pulih dari sakit. Bagaimanapun Ulung Bahar mendoakan segelas air dan menyuruh Pak Kadut membawanya pulang. Air itu hendaklah diberi minum pada Jalit dan disapukan ke dadanya.

"Itulah ceritanya ustaz..." kata Meon mengingatkan semula kisah abangnya tersalah tuntut ilmu.

Sebelum saya balik malam itu, kami telah berjanji fasal mahu menziarahi Ulung Bahar. Ketika saya mahu balik terdengar Simah isteri Meon memekik dari dalam bilik. Bergegas-gegas Meon masuk ke bilik bila mendengar isterinya memekik sebentar tadi. Sebentar kemudiannya dia keluar semula dalam keadaan cemas.

"Jangan balik dulu ustaz..." katanya rusuh.

"Tolong tengokkan Simah dulu" ujarnya tidak ketahuan.

"Astaghafarullah hala'zim..." keluh saya mengikut Meon mendapatkan isterinya di bilik.